Laporan/foto: Mohammad Rasuli Ras-Nazeruddin/Arul Perumal (Bagan Datuk)
BAGAN DATUK, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tun Sambanthan (SJKTTS) mengambil inisiatif menganjurkan Hari Kemuncak Kokurikulum dan Perkhemahan Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 2022/2023 sebaik cuti penggal persekolahan bermula.
Program tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk senamrobik, bengkel teknik pemasangan khemah, rekaan pakaian masa depan, ‘orienteering’ dan pertandingan masakan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Induk Program, Moganasunthari Subramaniam, program tersebut diadakan untuk mendidik pelajar supaya mampu berdikari dan bijak mencari solusi apabila berhadapan dengan masalah.
“Saya amat gembira dengan sambutan baik daripada pelajar kerana program ini juga dapat membantu mereka membina keyakinan diri selain memupuk sifat kepimpinan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Program dirasmikan oleh Guru Besar SJKTTS, Tamil Selvi Ramasamy.
-ZS-