Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Hanya 47 Peratus Perbaharui Lesen Perniagaan – PL

By 13 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 13 Dis (Malaysiaaktif) – Hanya sekitar 47 peratus peniaga di Labuan memperbaharui lesen perniagaan untuk tahun 2023.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL), Rithuan Mohd Ismail, berdasarkan rekod tidak sampai separuh daripada 12 ribu peniaga telah memperbaharui lesen perniagaan.

“Kami menyeru para peniaga di Labuan agar segera memperbaharui lesen perniagaan di PL kerana tiada tempoh lanjutan diberikan selain akan dikenakan penalti sebanyak RM 100 jika memperbaharui lesen pada tahun 2023.

“PL juga telah meringkaskan proses memperbaharui lesen di mana peniaga hanya perlu membawa lesen yang lama semasa berurusan di PL,” katanya semasa melaksanakan tinjauan mesra ke premis-premis perniagaan di sekitar bandar Labuan bagi menggalakkan pembaharuan lesen perniagaan 2023, pagi tadi.

Beliau yang diiringi Pengarah Jabatan Perlesenan PL, Helmi Bali juga berkesempatan beramah mesra bersama peniaga-peniaga dan menyerahkan risalah berkaitan pembaharuan lesen.

-ZS-

Tinggalkan komen anda