Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sayangi dan Hormati Warga Emas

By 13 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)

TANGKAK, 13 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 400 orang telah menyertai Sambutan Hari Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini semalam.

Program yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Tangkak Azman Haji Mohamed Shah itu telah menghimpunkan guru-guru dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), pengerusi dan jawatankuasa Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Negeri Johor.

Salah seorang warga emas dari PAWE Daerah Pontian, Tuan Haji Tumiran Parlan telah menerima Anugerah Tokoh Warga Emas Peringkat Negeri Johor bagi tahun ini manakala pelatih dari PDK Daerah Kluang, Abdul Rashid Mohamod telah dinobatkan sebagai Pelatih PDK Lelaki Cemerlang Negeri Johor.

“Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh beliau tidak pernah menghalang dirinya untuk menjadi pemudah cara kepada pelatih-pelatih lain di PDK Sri Layang serta beliau bergiat aktif dalam badan sukarelawan termasuk Southern Volunteers Negeri Johor,” ujar Lina Razalan, guru PDK Sri Layang.

“Kerajaan telah memulakan langkah awal menetapkan kebajikan dan kepentingan warga emas sebagai keutamaan dan pemerkasaan warga emas seperti menjadikan keutamaan demi kelestarian mereka pada masa hadapan serta warga emas berhak menikmati hak sama rata tanpa mengira latar belakang melalui kebajikan dan sokongan untuk menghadapi hari mendatang” ujar Azman Haji Mohamad Shah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda