
Laporan/foto: Norshazila Ahmad / JaPen (Hulu Selangor)
HULU SELANGOR, 23 Dis (Malaysiaaktif) –
Pencinta haiwan ditemui bersama dua anjing dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi runtuhan di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali kelmarin.
Lebih menyayat hati mangsa dikenali sebagai Eric Ng Chay Diok ditemukan berpelukan dengan salah seekor anjing miliknya.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya percaya mangsa bersama anjingnya itu berkhemah di sektor A (Hillview) sebelum ditolak tanah runtuh ke sektor B (berhampiran sungai).
“Mangsa ditemui dalam timbunan tanah pada kedalaman 1.5 meter,” katanya.
-ZS-