Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Aiqal, Anak Labuan Pertama Bawa Pulang Pingat dari Pentas Asia

By 23 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Persatuan Karate Labuan

LABUAN, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Atlet Karate Kebangsaan, Muhammad Aiqal Asmadie, 18, mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi atlet karate dari Labuan yang pertama mendapat pingat gangsa dalam Asia Karate Championship 2022 Senior, Cadet, Junior & U21, di Tashkent, Uzbekistan yang berakhir pada 20 Disember lalu.

Menurut satu kenyataan daripada Persatuan Karate Labuan, pencapaian Aiqal menerusi Kategori Kata Lelaki Bawah 21 tahun itu bukan sahaja untuk negara malah menjadi sejarah yang bermakna dalam sukan karate di pulau itu.

“Kejayaan ini membuktikan atlet Labuan juga mampu menyinar di peringkat kebangsaan sekaligus menjadi kesinambungan kepada legasi atlet-atlet lagenda dari Labuan seperti Datuk Hassan Sani, Allahyarham Ramli Ahmad dan Koh Chan Lee.

“Kejayaan Aiqal juga memberi suntikan semangat kepada atlet-atlet muda terutamanya atlet karate di pulau ini untuk terus berusaha bagi mencapai prestasi tertinggi bagi mengharumkan nama Labuan dan negara di pentas dunia,” menurut kenyataan itu semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda