Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Tourism Malaysia Lancar Edisi Kedua Risalah Direktori Tapak Selam

By 10 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dexter Cysonned Ibrahim/Shahvian Mohd. Razali

KOTA KINABALU, 10 Dis, (Malaysiaaktif) – Tourism Malaysia melancarkan edisi kedua risalah direktori bertajuk ‘Sabah & Labuan 101 Dive Treasures – A Diver’s Ultimate Playground’ di sini, semalam.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof, selepas lebih kurang 10 tahun risalah edisi pertama dikeluarkan, kini dikemaskini dengan tambahan beberapa tapak selam yang baharu.

Katanya, penerbitan yang dikemaskini itu bertujuan untuk menarik minat lebih ramai para penyelam skuba agar menjadikan Sabah dan Labuan sebagai pilihan lokasi selam utama di Malaysia.

“Risalah itu membekalkan maklumat terkini kepada semua peminat aktiviti selam skuba mengenai lokasi dan operator selam yang terdapat di Sabah serta Labuan.

“Saya berharap risalah ini dapat mempromosi tapak selam tambahan yang baharu antaranya, ‘Blue Ring Reef’ di Lahad Datu, ‘Shipwrecks’ di Labuan dan Pulau Selakan, Semporna,” katanya semasa berucap dalam majlis pelancaran direktori tersebut.

Penerbitan direktori tersebut adalah hasil kerjasama antara Tourism Malaysia Sabah, Sabah Tourism Board, Taman-Taman Sabah dan bekas duta selam skuba negara yang juga perintis selam skuba Sabah, Clement Lee.

-ZS-

Tinggalkan komen anda