Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Majlis Konvensyen Penilaian Pembangunan Negeri Melaka 2022

By 10 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Feroz Othaman

MELAKA, 10 Dis (Malaysiaktif) – Konvensyen Penilaian Pembangunan Negeri Melaka 2022 anjuran Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka (MIMO) telah diadakan secara penuh simbolik di sini baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Zaidi Johari, majlis itu akan mengrangkumi dua perkara iaitu Penilaian Projek ataupun Program Terbaik Negeri Melaka, serta Kajian Penilaian Outcome Terbaik Negeri Melaka Tahun 2022.

“Bukan itu sahaja ia juga dilaksanakan bagi mengetengahkan semua finalis 20 projek dan program yang melibatkan peruntukan RM80 juta.

“Sejumlah 2324 projek pembangunan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM300.3 juta pada tahun 2020 sehingga kini dan prestasi projek tersebut menunjukkan peningkatan yang konsisten dengan pencapaian 85 peratus ke atas selama tiga tahun berturut-turut,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda