Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

20 Usahawan Nang Ori Home Centre Terima Pengiktirafan

By 30 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Lance Dunstan (Sarawak)

KUCHING, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 20 usahawan Nang Ori Home Centre menerima pengiktirafan terhadap komitmen mereka memasarkan produk berasaskan lada di bawah paten Nang Ori yang diasaskan oleh Awaeang Kwasin.

“Menjual produk kita ke pasaran global akan membuka peluang dan ruang baharu serta dapat membantu meningkatkan ekonomi negara kita,” kata Willie Mongin, semasa merasmikan Majlis Makan Malam Nang Ori, di sini semalam.

Beliau juga turut menyentuh perlunya ada semangat kental, kebolehan untuk mengadaptasi trend perniagaan baharu serta berinovasi dan kreatif dalam gerak kerja keusahawanan.

“Usahawan yang berjaya adalah mereka yang sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat dan sentiasa optimistik serta berfikiran positif tentang masa depan,” kata Willie.

Turut hadir Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Wilayah Sarawak Dr. Azmi Amat Murjan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda