Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Ibu Bapa Bersyukur Terima Bantuan Awal Persekolahan

By 20 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusoffirman/M. Yamuna

TEMERLOH, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Ibu bapa kepada pelajar sekolah yang menerima Bantuan Awal Persekolahan 2023 berjumlah RM150 seorang di sini melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas keprihatinan pihak kerajaan.

Salah seorang ibu bapa yang ditemui di Sekolah Kebangsaan Seri Songgang, Saisatulhasma Othman, 39, berkata pemberian bantuan kepada semua pelajar kali ini amatlah wajar dan tepat pada masanya.

“Terima kasih saya ucapkan atas keprihatinan pihak kerajaan memberikan bantuan persekolahan kerana dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban kami bagi menampung perbelanjaan sekolah anak-anak,” katanya.

Beliau turut memuji kecekapan pihak sekolah menguruskan pemberian bantuan dengan baik sekali.

Salah seorang guru kelas yang menguruskan pemberian bantuan ini, Mohd Asrizal Osman berkata pihak sekolah mematuhi prosedur yang ditetapkan dan beliau bersyukur proses pemberian bantuan kepada ibu bapa berjalan lancar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda