Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pertahankan Kemakmuran Negara, Pemimpin Tingkatkan Keikhlasan Diri

By 15 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Mohd Khairul Nizam Mohd Yunos (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Sempena Keputeraan ke-75 semalam, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah, para pemimpin yang memikul mandat oleh rakyat perlu meningkatkan keikhlasan tinggi demi mempertahankan kemakmuran, kestabilan dan perpaduan negara.

“Pengamalan budaya politik yang sempit dan menimbulkan konflik secara berterusan akan memperlihatkan negara sebagai sebuah negara yang tidak stabil dan rapuh.

Justeru itu, usaha-usaha pembangunan dan kebajikan rakyat bagi membentuk negara yang lebih makmur perlu diberi perhatian utama oleh para pemimpin,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-75 baginda di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, di sini pada Sabtu.

Turut berangkat ke majlis itu, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

-ZS-

Tinggalkan komen anda