Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

LUAS Berjaya Halang Dua Kejadian Berpotensi Berlaku Pencemaran Sungai

By 14 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang/LUAS

SHAH ALAM, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengawal insiden pencemaran di Sungai Bernam dan Sungai Langat dalam dua kejadian berasingan semalam.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian, berkata tindakan pantas LUAS berjaya mengawal pencemaran tersebut tanpa menjejaskan operasi dua loji rawatan air (LRA) iaitu LRA Bernam River Headworks (BRH) dan LRA Semenyih.

“Kejadian pertama adalah pencemaran susulan kebakaran kilang di Semenyih yang tular di media sosial dengan menyekat aliran air masuk ke Sungai Kabul dan melaksanakan kerja-kerja penyedutan takungan berkenaan sehingga selesai.

“Kejadian kedua adalah pencemaran minyak diesel di Sungai Slim River, Perak yang berpotensi menjejaskan operasi LRA BRH di hilir kawasan Negeri Selangor pada jarak 21 kilometer daripada lokasi insiden dengan memasang ‘oil boom’ di muka sauk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan pengesanan dan tindakan pencegahan segera oleh LUAS dan agensi terlibat, kedua-dua insiden semalam berjaya ditangani segera.

“Tiada henti tugas LRA dan tiada gangguan bekalan air kepada pengguna dilaporkan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda