Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Program Memperkasa Rukun Negara Dirangka Semula

By 9 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Bagi meningkatkan semangat patriotisme rakyat Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan dua inisiatif utama berskala besar iaitu Minggu Perpaduan dan Program Ini Malaysia Kita pada tahun ini.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata inisiatif tersebut yang berlandaskan prinsip asas kepada Rukun Negara bertujuan untuk menyemai dan terus memupuk semangat perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan rasa cinta rakyat kepada tanah air.

Beliau menyatakan demikian ketika menghadiri Majlis Perjumpaan dan Amanat Bersama Menteri Perpaduan Negeri di Dewan 2020 yang dihadiri oleh lebih 700 warga Kementerian Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional , Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia bagi negeri Perlis dan Kedah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda