Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

LADA Fokus Pemulihan dan Pelancongan Lestari di Langkawi

By 10 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menetapkan hala tuju pelancongan Langkawi bagi tahun 2023 berdasarkan konsep pemulihan dan pelancongan lestari di Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA Nasaruddin Abdul Muttalib dalam sidang media berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan pemain-pemain industri di Kompleks LADA, di sini kelmarin berhubung hala tuju pelancongan bagi tahun 2023 termasuk strategi-strategi bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

“Secara umumnya beberapa inisiatif khas telah kita bincangkan bersama pemain-pemain industri untuk dilaksanakan bagi meningkatkan lagi pencapaian industri pelancongan di Langkawi bagi tahun 2023 ini,” katanya.

“Secara umumnya kita mendapati masalah perhubungan dan pengangkutan masih lagi menjadi satu cabaran utama di Langkawi.

“Tadi kita telah mendapat taklimat daripada Jabatan Laut tentang prestasi pengerakan pengangkutan di Kuala Perlis,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda