Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Warga Labuan Diseru Cegah Kebakaran Pada Musim Perayaan

By 19 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Warga di pulau itu diseru untuk memastikan agar tempat tinggal dan premis perniagaan terhindar dari risiko berlakunya kebakaran terutamanya pada musim perayaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan peralatan pencegahan kebakaran di premis-premis sentiasa dalam keadaan baik dan segala peralatan elektrik dipadamkan sebelum meninggalkan kediaman.

“171 kes kebakaran direkodkan di Labuan pada tahun 2022 dan pada tahun ini kita harapkan bencana seperti ini dapat kita elakkan,” katanya semasa menyempurnakan Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Ops Rondaan Musim Perayaan Tahun Baru Cina anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan, di sini semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JBPM Labuan, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) II Emil Taihin@Toihin berkata setiap tiga balai bomba di wilayah itu akan membuat 50 kali rondaan sepanjang Tahun Baru Cina kali ini.

“Kita juga akan membuat pemeriksaan di bangunan atau premis untuk memastikan laluan kawasan kecemasan tidak terhalang dan sistem pencegahan kebakaran berfungsi dengan baik,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda