Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Anwar Kembali ke Port Dickson

By 4 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Nur Syafiq Kamaruzzaman (Port Dickson)

PORT DICKSON, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa mengadakan lawatan untuk bertemu masyarakat, di sini semalam.

Anwar turut menikmati rojak di Warung Pak Salleh sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Bagan Pinang.

“Port Dickson tidak akan saya lupakan kerana di sini ramai kawan, pegawai kerajaan dan mereka yang menyambut baik kehadiran saya ketika menjadi Ahli Parlimen.

“Saya rindu untuk menikmati rojak di Warung Pak Salleh kerana pernah makan dahulu dan tidak akan melupakannya,” katanya ketika ditemui.

Katanya, beliau kembali ke Port Dickson kerana mempunyai sejarahnya tersendiri sewaktu menjadi Ahli Parlimen Port Dickson sebelum ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda