Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

BSMM Labuan Main Peranan Besar Terhadap Masyarakat Tempatan

By 14 Februari 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Labuan telah memainkan peranan besar dengan melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di pulau itu.

Menurut Pengerusi Kebangsaan BSMM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah, BSMM Labuan bergiat aktif dalam pelbagai program yang memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat tanpa mengira kaum dan agama.

“BSMM Labuan menganjurkan kempen derma darah tujuh kali setahun bagi membantu Hospital Labuan menambah kutipan darah sebanyak 450 pain.

“22 orang sukarelawan pasukan petugas COVID-19 BSMM juga terlibat membantu Jabatan Kesihatan Labuan bagi aktiviti-aktiviti seperti CPRC (Crisis Preparedness and Response Centre), Bahagian Pemotongan Gelang dan Annex 17 serta Bahagian Swab Test dan Annex 14b, Bahagian Lapangan (Komuniti Luar) dan  Pasukan Bergerak Promosi Kesihatan,” katanya semasa bertitah dalam Majlis Santapan Malam BSMM Labuan, di sini semalam.

Tambahnya, BSMM Labuan juga terlibat membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam mencari penyumbang bagi mendapatkan keperluan air mineral, barang makanan, alat-alat kebersihan diri, topeng muka dan peralatan Alat Pelindung Diri (PPE) bagi keperluan dan kegunaan di pusat-pusat kuarantin, Jabatan Koreksional Labuan dan Hospital Labuan.

“Semasa pandemik COVID-19 BSMM Labuan turut membantu mengedarkan sebanyak 500 bakul makanan kepada mereka yang terjejas bermula dari 11 hingga 15 Mei 2021,” titahnya lagi.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Dr. Othman Che Jusoh, Setiausaha Agung BSMM Malaysia Hakim Hamzah dan Pengerusi Negeri BSMM Labuan, Datin Christine Mungge.

-ZS-

Tinggalkan komen anda