Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

200 Golongan Sasar di Labuan Terima Bakul Makanan BSMM

By 14 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 14 Feb (Malaysiaaktif) – 200 orang daripada golongan B40, ibu tunggal dan asnaf menerima  bantuan bakul makanan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), di sini semalam.

Menurut satu kenyataan rasmi BSMM, program pemberian bakul makanan kepada golongan B40 merupakan antara program yang dilaksanakan secara berterusan oleh BSMM di seluruh negara.

“Ini adalah merupakan kali ketiga pelaksanaan di Labuan bagi program ini sejak dari musim pandemik,  Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM turut menyampaikan bantuan sebanyak 15 buah basikal khidmat bantuan kecemasan kepada BSMM Labuan yang mana ianya akan digunakan untuk memberi perkhidmatan kecemasan kepada masyarakat di WP Labuan,” menurut kenyataan itu lagi.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Kebangsaan BSMM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda