Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

JHEAINS Dekati Peminat Kopi

By 27 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) buat julung kalinya telah menganjurkan Karnival Syurga Kopi yang berlangsung selama dua hari di pasar raya Mydin, Seremban 2.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani ketika ditemui di sini semalam berkata inisiatif terbaharu daripada JHEAINS yang cuba mendekati pengusaha dan penggemar kopi di negeri ini dilihat membuahkan hasil apabila program ini mendapat sambutan.

“Dalam pada pengunjung menikmati pelbagai jenis kopi yang diberikan secara percuma, mereka turut disajikan dengan persembahan kerohanian dan ceramah Islamik,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda