Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Karnival Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu

By 27 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Wan Arif Fadhila Wan Yusof (Setiu)

SETIU, 27 Feb (Malaysiaaktif) –  Karnival Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu (GPMT) di Dewan terbuka Sungai Tarom yang berlangsung selama tiga hari telah melabuhkan tirainya, Sabtu lalu.

Karnival ini merupakan pengumpulan hasil-hasil pertanian dan produk keluaran di bawah negeri Terengganu di mana tujuan GPMT ini menjadi pemangkin kepada ekonomi negeri Terengganu.

Pelbagai booth jualan dan pameran di buka kepada pengunjung dan juga aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti Wayang Kulit, dikir barat, Pertandingan Ayam serama, Pertandingan Kucing cantik, sesi peluang pekerjaan bersama McCormick dan lain-lain.

Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, sebanyak 18 projek telah dijalankan di daerah Setiu melibatkan kewangan 700 juta diperuntukan bagi Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu ini.

“Disamping itu juga GPMT menyediakan pekerjaan sebanyak 70 peratus kepada rakyat tempatan untuk terlibat sama dalam projek-projek tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan khabar gembira kepada pemegang lesen berdaftar sampan iaitu tidak perlu membayar keseluruhan kos tanggungan bayaran lesen sampan bagi tahun 2023 ketika berucap merasmikan karnival tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda