Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Komuniti Asahan Sertai Gerak Rahmah Jom Sihat

By 27 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azreen Ahmad

JASIN, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Program Gerak Rahmah Jom Sihat yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Asahan Fairul Nizam Roslan di Dataran Asahan, di sini Sabtu lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Menurut Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka Intan Suhana Yusuff, program ini bertujuan membangunkan Komuniti Rahmah melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi kepada kesejahteraan komuniti.

“Setiap manusia inginkan kesihatan yang baik dalam kehidupan, justeru marilah kita bersama menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin mulai sekarang. Syabas dan tahniah kepada JPNIN Melaka atas penganjuran program yang bermanfaat ini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda