Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kelab Sepak Takraw Tok Jiring Lahir Pemain Pelapis Berbakat

By 23 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ali Imran Johari (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Penubuhan Kelab Sepak Takraw Tok Jiring telah melahirkan ramai pemain pelapis berbakat dalam sukan berkenaan sejak penubuhannya empat tahun lalu.

Pengerusi kelab Nazri Ngah, 61, berkata sejak penubuhan kelab ini pelbagai latihan, aktiviti, kursus asas dan seminar diadakan bagi mempertingkat pengetahuan ahli-ahli berkaitan sepak takraw.

“Kelab ini menjadi tunjang kepada dua daerah iaitu daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu apabila sering menjadi penganjur kepada pertandingan berskala kecil dan besar sehingga hari ini,” katanya ketika ditemu ramah, di sini semalam.

“Kejayaan paling besar yang telah capai setakat ini ialah kelab kami terpilih menyertai pertandingan di peringkat negeri dan berjaya menjuarai Liga Sepak Takraw Terengganu 2019.

“Kemenangan berkenaan menjadi lebih manis lagi apabila tekong pasukan kami, Irsyad Faiz Aziz dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda