Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kuih Bakul ‘Melayu’ Punyai Peminat Tersendiri

By 9 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Kuih Bakul merupakan makanan tradisi masyarakat Cina semasa musim perayaan Tahun Baru Cina, kini mudah didapati walaupun di luar musim perayaan dan menjadi kegemaran pelbagai kaum terutama kaum Melayu.

Menurut Siti Aminah Zaroni, 40, beliau telah mengusahakan Kuih Bakul halal ini sejak tujuh tahun yang lalu hasil bimbingan dari Teoh Seh Kuan, 54, yang lebih mesra dipanggil ‘Auntie Kuan’.

“Ramai orang Melayu yang ingin menikmati Kuih Bakul, namun agak sukar untuk mendapatkan yang halal menyebabkan saya mengambil peluang untuk mempelajari proses pembuatan kuih ini dari ‘Auntie Kuan’, katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

“Kini saya berpuas hati apabila orang Melayu dapat menikmati Kuih Bakul ini tanpa ragu-ragu,” tambahnya lagi.

Siti Aminah mampu menghasilkan lebih dari 850 biji Kuih Bakul dengan menggunakan 100 kilogram beras pulut pada setiap minggu. Kuih bakul halal ini boleh didapati di gerai-gerai sekitar daerah Yan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda