Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lebih RM600 Juta Dibelanjakan untuk Rakyat Selangor

By 12 Februari 2023Februari 13th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/Saiful Zalizan Yaakob (Hulu Langat)

PANDAN, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor Ir Izham Hashim memaklumkan lebih RM600 juta dibelanjakan bagi kebajikan dan program untuk rakyat Selangor.

“Sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi pemasangan lampu solar di seluruh Selangor yang bertujuan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

“Bagi fasa pertama, 300 tiang lampu solar akan dipasang dan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menerima 10 tiang lampu. Lampu yang dipasang adalah berwarna merah yang melambangkan bendera Selangor.

“Selain itu RM50 juta bagi membaik pulih jalan akan bermula Mac ini yang melibatkan jalan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini kecuali Jalan Persekutuan”.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Teratai 2023 malam tadi.

Turut hadir Pegawai Daerah Hulu Langat
Dr. Ani Ahmad, Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI) Jabatan Penerangan Negeri Selangor Muhammad Faiz Amzar Mohd Ariff dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda