Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Bakal Wujud MTC, Perkasa Pembangunan Bakat dan Potensi

By 14 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairunnisa Abd Rahman/Nur Fariza Farnoh (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Menyahut konsep Malaysia MADANI yang diaspirasi oleh Perdana Menteri, Kerajaan Melaka komited untuk memperkasa mutu dan kualiti perkhidmatan wakil rakyat dan penjawat awam di negeri ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dalam ucapannya di Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, di sini semalam berkata selaras dengan agenda MADANI iaitu memenuhi potensi rakyat, Melaka Talent Corp (MTC) bakal diwujudkan.

“Saya lihat ada ramai bakat-bakat yang hebat berada di luar Melaka, sekiranya kepakaran mereka dalam pelbagai bidang dapat digembleng untuk kembali menabur bakti di Melaka, saya jangkakan dalam masa terdekat Melaka berupaya menandingi negeri-negeri yang jauh lebih maju.

“Oleh yang demikian, saya berhasrat untuk wujudkan MTC dengan harapan dapat mengumpulkan pakar-pakar ini seterusnya menjadikan mereka kumpulan pemikir dan menyumbang khidmat bakti kepada pembangunan dan kemajuan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda