
Laporan/foto: Norhasirah Deris (Marang)/Pejabat Kesihatan Daerah Marang
MARANG, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Satu Mesyuarat antara ahli jawatankuasa lokaliti Communication For Behaviorul Impact (COMBI) Peringkat Daerah Marang 2023 telah diadakan di Dewan An-Nur, Pejabat Kesihatan Daerah Marang, baru-baru ini.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan mengemaskini semula ahli jawatankuasa baru serta perancangan aktiviti untuk mengaktifkan lagi program di lokaliti COMBI daerah Marang.
Menurut Aziemah Nafsun, Pegawai Kesihatan Epidemiologi (Vektor), ceramah turut disampaikan kepada ahli jawatankuasa bersempena Hari Penyakit Tropika Terabai Sedunia 2023.
“Besar harapan saya supaya seluruh ahli jawatankuasa mampu membawa komuniti bersama-sama menggiatkan aktiviti pencegahan bagi mengelakkan penyakit yang dibawa oleh vektor nyamuk demi keselamatan bersama,” katanya ketika menyampaikan ceramah.
Beliau turut menyeru semua ahli jawatankuasa supaya menjadi contoh dalam kalangan komuniti setempat dengan mengamalkan aktiviti pencegahan denggi setiap minggu.
-ZS-