Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Muhammad, Amira Badariah Johan Qari, Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Tangkak

By 23 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)

TANGKAK, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Muhammad bin Muhammad Noh, 24 dan Amira Badariah, 23, telah dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Tangkak 2023 yang diadakan di Dewan Jabal Nur, Pejabat Kadi Daerah Tangkak, di sini semalam.

Menurut Kadi Daerah Tangkak Al-Sheikh Haji Khairuddin Salimin, Amira mengumpul 91 peratus markah manakala Muhammad mendapat 83 peratus.

Pegawai Daerah Tangkak Azman Haji Mohamad Shah ketika bercakap dalam program tersebut berharap agar acara seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan menjadi acara rasmi kerana ia memberi kesedaran kepada orang ramai untuk tunduk kepada keagungan Allah SWT.

“Kita sanjung sunnah Rasulullah SAW melalui bacaan suci al-Quran dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk kehidupan kita.

“Majlis ini bertujuan memilih qari dan qariah yang terbaik bagi mewakili daerah Tangkak ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Johor nanti.

“Selain itu, Majlis Tilawah Al-Quran ini merupakan kesinambungan program membudayakan bacaan al-Quran bertujuan menggalakkan umat Islam untuk membaca al-Quran,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda