Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Roti Paye Melayu Kuala Krai

By 23 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suhaimi Nik Wil (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Roti tempayan atau roti paye panggilan orang Kelantan biasanya diusahakan oleh India Muslim atau Mamak.

Namun ianya berbeza di gerai bawah Pohon Jati, Guchil 3, di sini kerana roti paye dibuat oleh berbangsa Melayu.

Menurut pemilik Zulhasmi Hasan, 42, hampir 10 tahun beliau berniaga di situ dan sambutan yang diterimanya daripada pelanggan agak menggalakkan.

“Lebih kurang 300 keping roti paye dapat dijual sehari,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Seorang pelanggan Mohamad Yusoff, 51, ketika ditemui merasa puas hati dengan layanan yang diberikan di samping rasa roti tempayan yang enak.

“Sudah banyak kali saya singgah makan roti paye di bawah pohon jati ini. Di sini memang menjadi pilihan saya jika berkunjung ke Kuala Krai kerana rasa roti yang enak dan kental,” katanya.

Manakala pengunjung Zakaria Ariffin, 53, berkata ruang meletak kenderaan agak terhad di sini.

“Jika boleh usahakan menambah tempat meletak kenderaan. Pasti lebih ramai yang singgah menjamu selera untuk merasai keenakan roti paye di sini,” katanya.

Roti paye bawah pokok jati dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali hari Jumaat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda