
Laporan/foto: Irina Abd Samad/Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Persatuan Penduduk Perumahan Residensi Suria Pantai (RSP) hari ini menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang juga merangkap Menteri Komunikasi dan Digital agar pejabat parlimen dapat membantu menyelesaikan beberapa permasalahan penduduk di sini.
Pengerusi Persatuan Penduduk, Fazri Ibrahim, 40, berkata, isu tempat letak kereta adalah masalah utama yang dialami penduduk RSP.
“Walaupun sedia maklum mengikut Perjanjian Jual Beli (S&P), pembeli hanya mendapat satu tempat letak kereta, namun keadaan semakin serius apabila berlaku kemalangan dan sikap pemandu meletakkan kenderaan sesuka hati di luar kawasan RSP.
“Saya berharap dengan penyerahan memorandum kepada Yang Berhormat Fahmi Fadzil dapat memberikan jawapan yang positif dan proaktif bagi memberikan keselesaan kepada penduduk di sini,” katanya.
Pada masa yang sama, majlis tersebut turut meraikan ulang tahun kelahiran ke-42 Fahmi Fadzil.
-ZS-