
Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)
REMBIA, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Parlimen Alor Gajah yang diadakan di Dewan Lama Kiow Min semalam berlansung meriah dengan kehadiran lebih 150 orang.
Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari berkata beliau begitu teruja dengan kehadiran rakyat tempatan ke majlis tersebut meskipun perayaan Tahun Baharu Cina sudah berlalu hampir dua minggu.
“Saya merasa amat bertuah kerana dapat menyantuni semua tetamu yang terdiri daripada berbilang kaum, latar belakang dan umur tetapi dapat bersama-sama meraikan perayaan ini bersama masyarakat Cina dalam suasana yang ceria dan harmoni,” ujarnya lagi.
Majlis tersebut diserikan lagi dengan beberapa acara yang sinonim dengan perayaan Tahun Baharu Cina seperti tarian singa dan tradisi menggaul Yee Sang.
-ZS-