Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pertandingan Tilawah Al-Quran Medium Cungkil Bakat Terpendam

By 8 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Amirul Azim Othman/Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Penutup Pertandingan Tilawah Al- Quran Peringkat Daerah Melaka Tengah telah diadakan di Masjid Al-Abra Balik Bukit, Bukit Lintang, semalam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Exco Kerja Raya,Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir, Rahmad Mariman

Menurut Rahmad Mariman, Kerajaan Melaka komited dalam mengimarahkan aktiviti keagamaan bagi membuka peluang kepada anak-anak untuk belajar mendalami ilmu Al-Quran khususnya.

“Pertandingan tilawah Al-Quran sebagai medium untuk mencungkil bakat terpendam agar mereka dapat bertanding di peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.

Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang hangat dengan penyertaan seramai 27 peserta  yang berentap untuk mewakili daerah Melaka Tengah di Peringkat Negeri Melaka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda