Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jambangan Bunga Coklat, Rezeki Musim Graduasi

By 8 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)

SIK, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Menjadi trend masa kini penganjuran majlis graduasi diadakan di sekolah-sekolah bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang berada di sekolah.

Namun begitu, bukan saja majlis graduasi yang menjadi trend bahkan pemberian jambangan bunga coklat juga turut menjadi ikutan ibu bapa ataupun guru.

Pengusaha jambangan bunga coklat, Siti Najwa Ahmad, 42, berkata permintaan untuk bunga coklat ini akan meningkat apabila tiba musim graduasi di sekolah-sekolah dan tadika.

Menceritakan detik awal pembabitannya dalam bidang ini, Najwa berkata, dia mula berjinak-jinak dalam bidang ini sejak tahun 2016 dan tidak menyangka hasil tangannya mendapat respon dan pujian ramai.

“Bermula daripada itu, tercetus idea untuk menjalankan perniagaan ini di samping gubahan hantaran,”ujarnya yang ditemui di kedainya di Bangunan Anggerik Pekan Sik, di sini semalam.

Tambahnya lagi, dia menerima hampir 800 tempahan jambangan bunga coklat sempena majlis graduasi atau hari anugerah.

“Selain daripada sekolah dan tadika, kami juga menerima tempahan daripada luar seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Kanak-kanak pastinya lebih seronok apabila menerima hadiah tersebut dan tentunya kami berpuas hati dan seronok apabila dapat menggembirakan hati ramai individu terutamanya penerima hadiah,” ujarnya lagi mengakhiri perbualan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda