Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Ujian Kenaikan Bengkung Uji Prestasi Pesilat

By 8 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

HILIR PERAK, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Ujian kenaikan bengkung merupakan satu tahap penilaian prestasi yang perlu dilalui oleh seseorang pesilat Seni Gayong.

Menurut Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Hilir Perak, Ir Shahrul Nizam Ahmad Sharudin, 43, objektif utama ujian kenaikan bengkung adalah untuk memastikan kesemua pesilat berjaya menguasai kemahiran yang diajar berdasarkan Silibus Pelajaran Silat Seni Gayong.

“Antara kemahiran yang diuji termasuk gerakan asas, teknik kuncian, seni pentas, kombat dan teknik lompatan.

“Seramai 58 pesilat telah diuji dalam Ujian Kenaikan Bengkung yang diadakan di gelanggang silat (PSSGMK) Hilir Perak baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Pesilat cilik Muhammad Aqil Ramadhan Mohammad Fahmi, 8, meluahkan rasa gembira apabila dapat melayakkan diri untuk menyertai ujian kenaikan bengkung awan putih cula hijau.

“Selain dapat menguji kemahiran yang ada, saya berpeluang untuk bertemu dengan ramai rakan silat yang lain. Dua orang abang saya turut hadir untuk ujian kenaikan bengkung awan putih cula merah,” tambahnya ketika dihubungi.

Naib Yang Dipertua Tiga PSSGM (K) Perak yang juga merupakan penguji silat Mas Shariffah Mismat, 51, berkata kesemua 58 pesilat telah menunjukkan semangat yang jitu semasa ujian dilaksanakan namun begitu masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi melahirkan pesilat yang berkualiti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda