Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sambutan Tahun Baru Cina Menyatukan Masyarakat Berbilang Kaum

By 15 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Sazarina Mohd Noor/Saiful Zalizan Yaakob (Hulu Langat)

PANDAN, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina DUN Pandan Indah 2023 disambut meriah malam tadi.

Kemeriahan sambutan dapat dirasakan dengan kehadiran pelbagai kaum yang bersama-sama meraikan sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor Ir Izham Hashim, beliau berasa terharu dengan kehadiran ramai tetamu yang menunjukkan semangat perpaduan dengan meraikan pelbagai sambutan perayaan yang ada di Malaysia.

“Semangat seperti ini perlu dikekalkan. Ini kerana hanya di Malaysia sahaja yang mempunyai kepelbagaian masyarakat majmuk,” katanya.

Turut hadir Ahmad Pegawai Daerah Hulu Langat Dr. Ani, Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI) Jabatan Penerangan Negeri Selangor Muhammad Faiz Amzar Mohd Ariff dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda