
Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Mohammad Ezwandi (Ipoh)
IPOH, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Lebih 600 orang hadir memenuhi Auditorium RTM Perak bagi meraikan pencapaian dan kecemerlangan akademik pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ampang, di sini semalam.
Menurut Guru Besar SK Seri Ampang Badrul Hisam Yusoff, seramai 47 pelajar prasekolah, 89 pelajar Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dan 125 pelajar Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) termasuk dua orang tokoh murid merupakan penerima anugerah sempena Hari Anugerah Cemerlang Akademik dan Majlis Apresiasi Prasekolah 2022/2023.
“Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima anugerah dan ibu bapa yang hadir pada hari ini.
“Kejayaan anak-anak ini merupakan hasil gabungan didikan ibu bapa di rumah dan sokongan guru-guru di sekolah,” ujarnya.
Tambah Badrul Hisam, pihak sekolah sebelum ini turut meraikan pencapaian pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum, sukan dan permainan.
Dua orang pelajar cemerlang Tahun 6 yang menerima Anugerah Tokoh Murid ialah Ayra ‘Adani Muhammad ‘Aizat dan Meor Naufal Darwish Suhaidan.
-ZS-