Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

‘Sandbar Walk ‘Tarikan Pelancong ke Pulau Permata Kedah

By 23 Februari 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Tanjung Rhu Resort telah menganjurkan ‘Sandbar Walk’ untuk tahun ketiga sempena Fenomena Air Surut sehingga 0.0 meter yang membolehkan orang ramai berpeluang melalui beting pasir sepanjang 600 meter di pantai Tanjung Rhu di sini.

Pemandu pelancong alam semula jadi Zoher Mustam Mala, 58, ketika ditemui semalam berkata, kebiasannya fenomena ini hanya berlaku sekali setahun iaitu semasa bulan penuh. Namun pada tahun ini ianya berlaku dua kali iaitu bermula pada Selasa dan berakhir pada hari ini (Rabu).

“Orang ramai dapat menyaksikan fenomena laut terbelah dan dapat berjalan di beting pasir sejauh 600 meter ke pulau berhampiran seawal 6.45 pagi sehingga air laut mulai pasang.

“Pengunjung-pengunjung yang hadir pada kali dapat melihat keindahan pulau-pulau berhampiran antaranya Pulau Penyu, Pulau Kelam Baya dan Pulau Cabang.

“Selain itu, para pengunjung dapat menyaksikan pelbagai hidupan laut seperti tapak sulaiman, ikan sebelah, cacing laut, ketam dan pelbagai jenis karang yang unik serta jarang ditemui,“ ujarnya lagi.

Sementara itu seorang pengunjung dari Pulau Pinang Nor Husaini Nor Majid, 40, berkata ini merupakan kali kedua beliau datang ke sini.

“Saya sangat teruja kerana dapat membawa keluarga saya datang untuk menyaksikan fenomena ini di mana anak-anak saya dapat belajar sesuatu pengalaman baharu dalam kehidupan mereka,”

-ZS-

Tinggalkan komen anda