Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pameran Aroid, Orkid Tampilkan Spesies ‘Rare’

By 17 Februari 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud

KOTA KINABALU, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Orkid Telinga Gajah dan Orkid Rantai Leher antara spesies yang sukar dan jarang untuk ditemui di hutan.

Pengurus Taman Pertanian Sabah, Jain Linton berkata pameran seumpama ini merupakan peluang untuk orang ramai melihat bahawa hutan di Malaysia mempunyai banyak khazanah tumbuhan unik dan cantik yang perlu dijaga dan dihargai.

“Kami menanam dan menjaga spesies ‘rare’ seperti ini untuk dipertontonkan kepada orang ramai seterusnya untuk tatapan generasi akan datang,” kongsinya semasa ditemui di Pameran Aroid dan Orkid sempena Ulang Tahun ke-23 Bandaraya Kota Kinabalu di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, pengunjung pameran, Chok Kui Eng, 74, berkata minatnya terhadap orkid membuatkan beliau ke pameran tersebut.

“Pameran seumpama ini sangat baik kerana dapat memberi peluang orang ramai untuk melihat spesies orkid terutamanya dari hutan yang tidak pernah kita lihat, contohnya, orkid telinga gajah,” katanya.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Noorliza Awang Alip berkata penganjuran pameran itu memberi pendedahan kepada orang ramai tentang tumbuhan aroid dan orkid seterusnya peluang kepada peniaga mempamerkan jualan bunga mereka.

Turut diadakan ceramah penjagaan Aroid dan Orkid, pertandingan gubahan bunga, pertandingan fotografi, lelongan bunga dan kuiz landskap.

-ZS-

Tinggalkan komen anda