
Laporan/foto: Zainudin Nurdin (Sabah)
BELURAN, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 138 orang kanak-kanak menyertai majlis khatan percuma dalam Program Kemasyarakatan Sabah anjuran Pertubuhan Kebajikan Anugerah Kasih Malaysia, di sini semalam.
Menariknya, terdapat enam orang kanak-kanak bukan Islam serta seorang lelaki dewasa berumur 22 tahun yang turut berkhatan.
Ketua Polis daerah Beluran Kasim Muda yang turut hadir berpendapat program sedemikian merupakan satu usaha yang baik dan perlu diteruskan.
“Program ini dapat meringankan beban golongan asnaf dan saya berharap ia dapat dilaksana pada masa akan datang juga,” katanya.
Sumbangan barangan dapur, peralatan persekolahan dan peralatan ibadat turut diadakan.
-ZS-