Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

TGGG Komited Bimbing Wanita Muda untuk Kesejahteraan Masyarakat

By 9 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Judy Henry (Sarawak)

KUCHING, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Lebih 150 ahli Persatuan Pandu Puteri Guild Trefoil (TGGG) berkampung selama empat hari di hotel terkemuka di sini bagi menyertai Perhimpunan Kebangsaan yang ke-2 TGGG Malaysia.

“Sejak dahulu TGGG komited membimbing wanita muda agar mereka memperolehi kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan kerja khidmat dalam komuniti dan sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat,” kata Pengerusi Persatuan Pandu Puteri Cawangan Sarawak Juita Senawi, 65, yang ditemui di sini semalam.

“Pihak kerajaan melalui kementerian pelancongan turut memberi peruntukan kepada TGGG untuk melaksanakan program khidmat masyarakat yang menyasarkan golongan orang kurang upaya (OKU) dan komuniti yang kurang berkemampuan,” ujarnya.

Terdahulu Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Datuk Seri Soraya Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Perhimpunan Kebangsaan ke-2 Pandu Puteri Guild Trefoil (TGGG) Malaysia, di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda