Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Terminal Bersepadu Bas Ekspress Machang Ransang Prospek Ekonomi Setempat

By 9 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azmi Abd. Rahman (Machang)

MACHANG, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Projek pembangunan Terminal Bersepadu Bas Ekspress Machang yang mulai menjalankan operasi pada 2 Mac lalu dijangka akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

Terminal baharu yang boleh memuatkan 10 buah bas dengan penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih cekap dan responsif itu dijangka menjadi satu solusi kepada isu kesesakan dan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

Seorang pengguna, Zulkifli Daud, 63, menyatakan lokasi terminal baharu yang terletak di pinggir bandar ini lebih strategik di samping membantu mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama pada musim perayaan.

“Kemudahan tempat letak kerata untuk orang ramai yang berkunjung membeli tiket atau menghantar penumpang menaiki bas mencukupi,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Aidid Hasnan, 25, menyatakan ini adalah kali pertama dia menggunakan perkhidmatan terminal tersebut.

“Persekitaran terminal baik, selesa, tandas yang bersih dan tempat menunggu yang agak kondusif. Kaunter jualan tiket juga amat sistematik dan agen jualannya mesra pelanggan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda