Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

20 Peserta Program Souq Ramadan Terima Sijil Penghargaan

By 14 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Noor Ain Mohd Zain/Noor Suraya Zainal (Timur Laut)

GEORGE TOWN, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 20 peserta program Penang Souq Ramadan 2023 menerima sijil penghargaan daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, di sini semalam.

Souq yang bermaksud pasar atau bazar amat sinonim dengan masyarakat Pulau Pinang menjelang bulan Ramadan.

Penerima sijil penghargaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Perda Teluk Kumbar, Shahrizal Jaafar, 55, berkata beliau sangat bersyukur dan gembira atas penghargaan ini.

“Program sebegini perlu diperluaskan dan diteruskan supaya dapat memperkukuhkan ekonomi khususnya di Pulau Pinang,” katanya.

Selain peniaga di bazar, pada tahun ini beberapa restoran dan hotel ternama di Pulau Pinang turut bekerjasama bagi menjayakan Souq Ramadan anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Abdul Halim Hussain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda