Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Agihan Bantuan Menjelang Ramadan

By 22 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zulkifli Othman/Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 300 penerima bantuan terdiri daripada anak yatim, golongan asnaf dan saudara baru telah menerima agihan bakul makanan dalam Program Agihan Bantuan untuk asnaf, anak yatim dan saudara baru sempena Ramadan Al-Mubarak 1444H.

Program agihan bantuan tersebut adalah kerjasama antara MZ Planet Services Sdn Bhd bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Daerah Dungun serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan serta syarikat swasta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MZ Planet Sdn Bhd Mazelam Awang, program yang dilaksanakan itu sudah menjadi rutin tahunan bagi syarikatnya bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan menjelang bulan Ramadan untuk memastikan mereka ini tidak dipinggirkan.

“Pemilihan penerima bantuan kali ini diterima dari PERKIM Cawangan Dungun, Pejabat Agama Dungun, guru sekolah dan pemimpin setempat,” katanya.

Agihan bakul makanan berupa barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, telur, gandum, susu dan lain-lain.

Turut hadir Pengerusi PERKIM Cawangan Daerah Dungun Raja Ibrahim Raja Manis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda