
Laporan/foto: Muhammad Syafiq Irman Ali/Izarina Kulub Mat Isa (Bentong)
BENTONG, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Bentong Young Shefura Othman menyeru masyarakat setempat untuk bersama menangani jenayah.
“Semua penduduk setempat diseru untuk bersama-sama membantu pihak Polis Diraja Malaysia memerangi jenayah bagi memastikan kawasan kediaman selamat daripada jenayah”.
Beliau berkata demikian ketika hadir ke Program Gerak Rahmah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Peringkat Negeri Pahang, di sini malam tadi.
Program ini bertujuan memperkasa, mempertingkat dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) ke arah membangunkan Komuniti Rahmah.
-ZS-