Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

CBDRM Beri Pendedahan Hadapi Sebarang Musibah

By 19 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Othman (Jelebu)

JELEBU, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Hampir 80 orang penduduk dari Kampung Titi, Kampung Baru Hosapa dan Kampung Sungai Rotan menghadiri Program ‘Wo Men Ai’ APM, Civil Defence Comunity Based Disaster Risk Management (CBDRM).

CBDRM adalah sebuah program anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan yang memberikan pendedahan kepada penduduk untuk berada pada tahap kesiagaan dalam mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku bencana seperti banjir, tanah runtuh dan pelbagai musibah lain.

“Bergerak secara komuniti tanpa mengira bangsa merupakan satu ibadah dan teras perpaduan dalam konsep Malaysia Madani apatah lagi ketika berlakunya sesuatu musibah”.

Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang Bakri Sawir berkata demikian ketika merasmikan program program tersebut di Dewan Orang Ramai Kampung Titi, di sini semalam.

Sementara itu seorang peserta Kelvin Wong, 34, berkata program kesedaran seperti ini adalah amat penting untuk meningkatkan tahap pengetahuan komuniti dalam menghadapi musibah luar jangkaan seperti banjir besar yang beliau hadapi pada penghujung tahun 2021 lalu.

Pertunjukan aset APM, demostrasi menyelamat, pameran dari agensi kerajaan serta cabutan bertuah turut diadakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda