Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Amirudin Lancar Selangor Bertadabbur 5.0 Imarahkan Ramadan

By 30 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari melancarkan program Selangor Bertadabbur 5.0 untuk mengimarahkan sambutan Ramadan tahun ini.

Amirudin, berkata kerajaan Selangor melaksanakan program tadabbur al-Auran sejak 2019 untuk dipergiat dan diperkasakan ketika bulan Ramadan.

“Kita dituntut untuk bertadabbur kerana al-Quran bukan hanya dibaca malah untuk dihayati, difahami dan cuba dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

“Program tadabbur ini sepatutnya diperhebatkan dan dijadikan rujukan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Iftar bersama agensi kerajaan daerah Gombak di Dewan Seri Beringin, di sini semalam.

Sempena majlis tersebut yang dihadiri 500 orang turut diadakan penyampaian sumbangan kemasyarakatan dan asnaf.

Turut hadir Orang Besar Daerah Gombak Tan Sri Wan Mahmod Pa’Wan Teh, Pengarah Asatizah Selangor Ashraf Abdul Hadi dan Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abdul Aziz.

-ZS-

Tinggalkan komen anda