Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Gerobok Rezeki Bantu Pelajar KKGP

By 30 Mac 2023One Comment1 minit bacaan

Lapotan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)/Kolej Komuniti Gerik

GERIK, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Kemuliaan bulan Ramadan menjadikan hamba-Nya berpusu-pusu mengaut pahala dengan melakukan ibadah dan pelbagai amal kebaikan termasuk membantu golongan yang memerlukan.

Kolej Komuniti Gerik, Perak (KKGP) misalnya mengambil inisiatif mewujudkan Gerobok Rezeki di bawah Unit Pembangunan Pelajar (UPP) bagi membantu para pelajarnya yang memerlukan.

Pengarah KKGP Ts. Khairil Azhar Mohd Nor, berkata Gerobok Rezeki adalah salah satu aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar KKGP bagi tahun ini.

“Pihak KKGP berharap kemudahan yang disediakan ini dapat membantu meringankan beban pelajar KKGP yang memerlukan, bahkan pelajar dan alumni yang ingin menyumbang kepada Gerobok Rezeki juga boleh berhubung terus dengan UPP KKGP.

“Semoga sumbangan anda diberkati dan dikurniakan sebesar-besar ganjaran di sisi Allah SWT,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Gerobok Rezeki, semalam.

Turut hadir Ketua Unit Ambilan dan Pembangunan Pelajar KKGP Siti Rohani Rahmad dan Pegawai Pembangunan Pelajar KKGP Hazreen Aiza Abdul Razak.

-ZS-

One Comment

Tinggalkan komen anda