Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Balingian Fun Run 2023 Galak Komuniti Membudayakan Kehidupan Sihat Cergas

By 13 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Matsukarmi Suani/Rizalman Daim (Sarawak)

BALINGIAN, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 250 orang peserta daripada segenap pelusuk Sarawak menyertai ‘Balingian Fun Run 2023’ anjuran Balingian Brotherhood-Sport Recreation Club (BBSRC) yang diadakan di kawasan pasar lama pekan Balingian, di sini kelmarin.

“Penganjuran aktiviti Fun Run 2023 yang julung kali diadakan ini merupakan usaha menyokong sukan untuk gaya hidup sihat serta menggalakkan komuniti membudayakan kehidupan yang lebih makmur, selain mempromosikan Daerah Kecil Balingian kepada masyarakat luar,” kata Nurulamizan Madeli, 29, selaku Pengerusi BBSRC ketika ditemui baru-baru ini.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi turut hadir merasmikan program BBSRC.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda