Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

PolyCC Platform Kebolehpasaran Graduan Negara

By 13 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Malaysia menganjurkan Program Rainforest Cultural Festival ke-3 bersempena dengan Jalinan Warisan dan UNESCO (JIWAKU) 2023 Peringkat Antarabangsa bertempat di Mydin Tunku Vista, di sini baru-baru ini.

Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan PolyCC, Ts Zainab Othman, berkata dalam usaha mempersiapkan para graduan PolyCC, pelbagai input dan kemahiran diterapkan termasuk penyerlahan bakat yang merupakan elemen nilai tambah penting dalam pengajian akademik.

“Para siswa-siswi dapat mengembangkan potensi dan bakat ke peringkat yang lebih tinggi hasil  daripada garapan pendedahan dan persaingan sihat dalam festival seperti ini,” ujarnya.

Terdahulu seramai 91 orang pelajar dan pegawai PolyCC terlibat dalam menjayakan program ini yang turut disertai oleh warga daripada Politeknik Sambas Indonesia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda