Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Gemilang Johor Himpun Peniaga Kendera Saji Promosi Menu Rahmah

By 12 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 50 peniaga kendera saji telah mengambil bahagian dalam program Fiesta Food Truck Rahmah Kasih Sayang Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Padang A, Plaza Angsana Johor Bahru Mall.

Turut sama dalam program ini adalah Program Jualan Rahmah oleh Pasaraya Besar Econsave dan Pemborong Beras CK Sdn Bhd yang menawarkan lebih 30 barangan keperluan harian dengan diskaun sebanyak 10 hingga 30 peratus kepada pengunjung pada harga yang berpatutan dan menjimatkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata program yang dianjurkan selama tiga hari yang bermula dari 10 hingga 12 mac ini adalah untuk mengetengahkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual oleh peniaga kendera saji kepada pengunjung dengan harga rahmah iaitu serendah RM5 sahaja.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Gemilang Melayu Johor (Gemilang Johor) atas penganjuran program yang pertama kali diadakan di Johor ini melibatkan peniaga kendera saji mendapat sambutan menggalakkan dan seterusnya dapat membantu dan mengurangkan kos sara hidup penduduk sekitar berbelanja pada ketika ini,” katanya ketika ucapan perasmian, pada Jumaat.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan KPDN Roszanina Wahab, Pengarah KPDN Negeri Johor Lilis Saslinda Pornomo, Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan Mas Imran Adam, Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Gemilang Johor Onn Mohd Yassin, Ketua Penolong Pengarah Kanan SPIP Syaharudin Shah Mohd Noor, ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan persekutuan serta penduduk setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda