Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tunku Panglima Johor Santuni Mangsa Banjir

By 12 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Ain Johari/Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim berkenan menziarah dan menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sulaiman, SMK Penghulu Saat dan Dewan Orang Ramai Taman Sri Sulong, semalam.

YAM Tunku Abdul Rahman mengurniakan sumbangan bekalan makanan kepada seramai 335 keluarga mangsa banjir menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Farm Fresh Berhad.

Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal, 57, berkata sebanyak 28 ribu kotak susu segar akan diedarkan di semua PPS daerah Batu Pahat dengan bantuan Majlis Daerah Batu Pahat.

“Dengan bantuan ini dapat mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir dan mengukir senyuman mereka,” ujarnya.

Turut hadir mengiringi YAM Tunku Panglima Johor, Pemegang Amanah Urusan YSIJ Avinderjit Singh, Pegawai Daerah Batu Pahat Nasri Md Ali dan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Ismail Karim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda