Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Golongan B40 Perlu Manfaatkan Program EmpowerNCER

By 8 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah

NIBONG TEBAL, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Golongan B40 diseru agar memanfaatkan Program empowerNCER: Latihan Kemahiran dan Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Sungai Acheh, di sini semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim program bertujuan mempromosikan program empowerNCER di Daerah Seberang Perai Selatan kepada orang ramai.

β€œIa dilihat mampu membantu masyarakat B40 untuk mengubah hidup mereka dalam meningkatkan sosio ekonomi sekali gus keluar dari belenggu kemiskinan,” katanya di sini baru-baru ini.

Selain itu, program ini juga bertujuan menghubungkan pihak empowerNCER di Daerah Seberang Perai Selatan bersama-sama dengan pihak berkepentingan di Daerah Seberang Perai Selatan dan agensi-agensi kerajaan bagi bekerjasama untuk menjayakan program empowerNCER di Negeri Pulau Pinang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda